KUALA LUMPUR – Tokoh agama yang juga pendakwah terkenal, Datuk Abu Hassan Din, 73 telah meninggal dunia pagi tadi.

Berita sedih itu disahkan oleh anaknya, Mohamad Yusri Abu Hassan.

Yusri berkata, Allahyarham yang juga bekas penasihat agama Istana Negara telah rebah semasa hendak menunaikan solat Subuh dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur.

Doktor yang merawat Allahyarham mengisytiharkan kematian bapanya kira-kira pukul 7.30 pagi.

Jenazah Allahyarham akan dibawa balik ke kediamannya di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur, sebelum urusan pengebumiannya dilakukan di Masjid Sayidina Hamzah.

Jenazah Abu Hassan akan dikebumikan di kawasan perkuburan yang berhampiran, katanya Yusri lagi.

“Insya-Allah jenazah Allayharham akan dikebumikan secepat mungkin, kalau boleh sebelum Zohor. Kalau tidak sempat selepas Zohor,” – MalaysiaGazette