Penyanyi, Datuk Ramli Sarip diberi tepukan ketika menyanyikan lagu pada sidang media mengenai konsert 'A Night With Legends' di Restoran Rebung, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 02 MEI 2019

KUALA LUMPUR – Empat lagenda penyanyi tanahair bakal menggegarkan konsert A Night With Legends selama dua jam di Desaru Coast Conference Centre pada 6 Julai ini.

Keempat-empat penyanyi itu adalah  Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Datuk Jamal Abdillah dan Francissca Peters yang diumumkan dalam satu sidang media hari ini.

Francissa bakal membuat comeback itu dijangka akan mengujakan para peminatnya dengan lagu popular antaranya Sekadar Di Pinggiran dan Aku Hanya Pendatang selain bakal berduet bersama Jamal.

Selain itu, para peminat Ramli atau dikenali Papa Rock dan Khadijah pasti akan teruja menanti penampilan gandingan mereka di pentas.

Khadijah terkenal dengan lagu Ku Pendam Sebuah Luka berkata, konsep persembahan masih dalam perbincangan dengan pemuzik Belle Fatah yang terlibat.

Tiket dijual secara berpasangan dan pihak Desaru Coast menggalakkan orang ramau membeli tiket bagi satu meja bermula RM8, 000 yang turut termasuk promosi penginapan di Hotel Hard Rock dan pakej Desaru Coast yang lain.

Kutipan akan disumbangkan sebahagian untuk Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.- MalaysiaGazette