Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berucap pada Majlis Perasmian ASEAN Digital E-Commerce di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 02 MEI 2019

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersedia untuk bertemu dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Tambahnya, keputusan mengenai penubuhan suruhanjaya untuk menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) itu juga masih belum dibuat dan menantikan maklum balas orang ramai.

“Saya sedia jumpa semua orang. Dengan anda pun (wakil media) saya berjumpa,” katanya berseloroh.

Ketua Polis Negara yang bakal bersara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini berkata, PDRM berhasrat untuk bertemu Perdana Menteri bagi menyatakan bantahan terhadap penubuhan suruhanjaya tersebut.

Tambahhnya, pasukan beruniform itu juga telah menulis sepucuk surat kepada kepimpinan kerajaan bagi menyatakan bantahan mereka.

Menurut Mohamad Fuzi, tentangan itu disuarakan banyak pihak dalam PDRM termasuk lebih 153,000 pesara polis berhubung beberapa perkara yang diusulkan oleh jawatankuasa yang terbabit dalam IPCMC.

Ini terutamanya berkaitan usul menarik kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) di bawah Artikel 140 Perlembagaan Persekutuan berhubung isu-isu berkaitan siasatan dan tindakan tatatertib yang mahu diambil alih oleh IPCMC. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast