Seorang wanita melihat isi dalam durian sebelum membelinya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di tepi bahu jalan sekitar kawasan Setiawangsa, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 JULAI 2018

BEIJING – Gara-gara makan durian terlalu banyak, seorang lelaki gagal dalam ujian pernafasan.

Menurut laman sesawang video, Pear Video, seorang lelaki di daerah Rudong, di timur Jiangsu telah tarik keluar oleh polis selepas disyaki memandu ketika mabuk.

Dia kemudian diminta membuat ujian pernafasan.

“Saya baharu sahaja makan durian,” kata lelaki itu selepas ujian pernafasannya gagal.

Lelaki berkenaan kemudian diminta membuat ujian darah dan terbukti tiada ada kandungan alkohol.

Bagi membuktikan dakwaan lelaki itu benar, Pear Video kemudian menunjukkan seorang anggota polis memakan durian dan turut gagal dalam ujian pernafasan.

Paras alkohol anggota polis itu adalah 36 miligram bagi setiap 100 mililiter berbanding had alkohol yang dibenarkan di China ialah 0.02 peratus – kira-kira 20 mg setiap 100ml.

Tiga minit selepas ujian itu, anggota polis itu melakukan semula ujian pernafasan dan ia menunjukkan negatif.

Berikutan itu, individu dilarang memakan durian semasa memandu. – MalaysiaGazette