Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memperbaiki kedudukannya dalam Asia University Rankings (AUR) apabila berada pada kedudukan ke-38.

Ia meningkat lapan anak tangga berbanding kedudukannya pada tahun 2018.

Kedudukan baru ini menempatkan UM di antara 40 universiti terbaik di Asia .

Tahun ini adalah tahun ketiga menyaksikan UM mengambil bahagian dalam ranking Times Higher Educationa (THE-AUR).

Sepanjang tiga tahun yang lalu, UM telah membuat peningkatan ketara daripada kedudukan ke-59 pada tahun 2017 hingga ke-46 pada tahun 2018.

UM berkata, ia merupakan pencapaian hebat UM apabila berada dalam 40 teratas THE-AUR dan petunjuk universiti ini telah menambah baik dalam kedudukanya melalui sistem THE.

Pencapaian ini juga mengesahkan Pelan Strategik dan inisiatif UMyang dilaksanakan beberapa tahun lalu, menjadikan institusi pendidikan tinggi ini sebagai pilihan dalam bidang pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan inovasi bagi antarabangsa. – MalaysiaGazette