🎥 HIBURAN MGTV | 4 Penyanyi Lagenda Masih Releven – Datuk Ramli Sarip

KUALA LUMPUR – Empat lagenda penyanyi tanahair bakal menggegarkan Konsert A Night With Legends selama dua jam di Desaru Coast Conference Centre pada 6 Julai ini.

Keempat-empat penyanyi itu adalah Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Datuk Jamal Abdillah dan Francissca Peters yang diumumkan dalam satu sidang media hari ini.

Francissa bakal membuat comeback itu dijangka akan mengujakan para peminatnya dengan lagu popular antaranya Sekadar Di Pinggiran dan Aku Hanya Pendatang selain bakal berduet bersama Jamal.