KUALA LUMPUR – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak memutuskan penutupan sementara semua sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian esok, 24 September 2026 susulan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan setakat jam 10 malam ini melepasi 201.
Menurutnya, arahan itu melibatkan 108 buah sekolah.
Sehubungan itu, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan dengan peruntukan seperti yang terkandung dalam Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 Tahun 2016; Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Akibat Bencana bertarikh 21 Julai 2016.
Bagi sekolah-sekolah yang terletak berhampiran daerah yang merekodkan bacaan IPU melebihi 200, guru besar dan pengetua boleh mempertimbangkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan mengambil kira faktor kesihatan dan keselamatan murid.
“Sekiranya trend bacaan IPU menunjukkan penurunan (bacaan IPU bawah 200), maka guru besar dan pengetua boleh mengambil tindakan bagi persediaan pembukaan semula sekolah,” katanya sambil mengingatkan pihak sekolah mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan. – MalaysiaGazette
















