Orang ramai yang hadir menyertai Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam 405 anjuran Pembela Ummah di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 04 MEI 2019.

KUALA LUMPUR – – Notis penganjur Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam yang berlangsung di hadapan sebuah pusat beli-belah di sini hari ini tidak lengkap, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah.

Beliau berkata, ia berpunca daripada penganjur iaitu Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) gagal mengemukakan notis kebenaran daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

MGF04052019_HIMPUNAN PERTAHAN ISLAM28
Seorang peserta bersemangat memegang sepanduk Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam 405 anjuran Pembela Ummah di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 04 MEI 2019.

Mohd Fahmi berkata, terdapat beberapa dokumen yang perlu dilampirkan bersama notis pemberitahuan tersebut seperti kebenaran daripada DBKL sebagai tuan punya tempat atau jalan selain notis pemakluman di bawah Seksyen 9 dipenuhi tetapi prosedur sepenuhnya tidak lengkap dan menjadikan notis itu cacat.

“Tiada sebarang insiden yang berlaku. Bagaimanapun, polis akan menilai ucapan yang disampaikan pada perhimpunan itu jika kandungan ucapan berkenaan menyalahi mana-mana undang-undang,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Perhimpunan itu yang dilaporkan diadakan berikutan beberapa isu terkini termasuk ratifikasi Statut Rom bermula pagi ini dari Masjid Jamek Kuala Lumpur tamat pada pukul 3.25 petang ekoran hujan lebat. – MalaysiaGazette