Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Ehsan Dan Penutupan Pusat Pemindahan di Dewan Serbaguna MPAJ AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 04 MEI 2019

AMPANG – Penghuni-penghuni Pangsapuri Taman Keramat Permai, AU2, Hulu Kelang tidak sabar untuk menyambut ibadah Ramadan dan bersahur Isnin ini selepas dibenarkan pulang ke rumah masing masing hari ini.

Sudah lebih seminggu 37 keluarga terbabit menetap di Pusat Pemindahan Sementara di Keramat.

Mereka juga menyambut baik sekiranya kerajaan mempunyai rancangan untuk membangunkan semula flat usang berusia 30 tahun itu supaya berwajah baharu bagi menjamin keselamatan jangka panjang mereka.

Mohd Faysal Surifno Yusof, 45, berkata, sejak diarah berpindah ke Dewan Serbaguna MPAJ AU2 Keramat, pada 26 April lalu, beliau dan rakan-rakan lain mula risau mereka sekeluarga tidak dapat menyambut Ramadan dan bersahur 6 Mei ini.

 

MGF04052019_MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN EHSAN15

Mohd Faysal Surifno Yusof,. foto AFFAN FAUZI, 04 MEI 2019″Gembira dapat balik menjelang Ramadan Isnin ini. semua bertungkus lumus bantu kami menjamin keselamatan dan memenuhi segala keperluan kami sepanjang menetap di pusat pemindahan sementara sejak 26 April lalu.

“Pada mulanya kami mula khuatir dan bimbang sempat tak hendak sambut Ramadan dan bersahur.

“Namun saya reda dan bertawakal mengikut arahan pihak berkuasa dan bersyukur dapat pulang untuk membuat persiapan Ramadan hari ini.

“Kami bersedia juga jika ada rancangan bina semula flat berkenaan yang setahu saya serba kekurangan dengan keretakan sejak 10 tahun lalu,” katanya sambil menjelaskan pihakmnya sedia menerima perubahan itu jika didatangi kerajaan dengan inisiatif menjamin kualiti kehidupan mereka yang lebih sejahtera.

Beliau bagaimanapun mengharapkan pembinaan semula rumah itu dilaksanakan di atas tanah asal flat usang itu dan penempatan sementara juga perlu disediakan di radius berdekatan bagi memudahkan ke tempat kerja dan anak bersekolah.

Beliau antara penghuni 28 tahun duduk di flat itu yang menerima bantuan ehsan daripada Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang melawat mereka pagi tadi.

MGF04052019_MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN EHSAN16
Hazlin Hayati Ahmad. foto AFFAN FAUZI, 04 MEI 2019

Seorang lagi penduduk asal flat berkenaan Hazlin Hayati Ahmad, 46, turut menyambut baik sekiranya kerajaan bercadang membina semula flat usang yang dihuni mereka di masa akan datang

“Gembira dapat balik rumah berpuasa boleh. kalau tak pindah balik dari dewan bagaimana nak puasa, risau sangat seminggu lalu..kini reda dengan ketentuanNya.. 24 jam lagi, persiapan rasa tak terganggulah,” ujar beliau yang duduk bersama emak, dua anak dan adik perempuan di rumah tersebut.

MGF04052019_MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN EHSAN17

Zahari Abdul Rahman. foto AFFAN FAUZI, 04 MEI 2019Seorang lagi penghuni flat terjejas akibat bencana itu, Zahari Abdul Rahman, 45 pula turut sependapat dengan Mohd Faysal menyatakan sokongan jika kerajaan mempunyai rancangan pada masa depan untuk merobohkan flat usang dan membangunkan semula yang baharu dan lebih luas di tempat yang sama.

“Harap kehidupan kembali normal seperti sedia kala selepas ini walaupun sedikit terganggu persiapan Ramadan lusa nanti sebab tak jangkakan keretakan ini.

“Tapi kita bersiap yang mana penting dulu untuk bersahur nanti.. untuk jangka panjang, saya sambut baik jika mahu bina semula flat ini.

“Sangat baik (bangunkan semula flat)..Pada mulanya saya ingat dia buat semula tapi Datuk Seri  (Azmin Ali) kata nak baik pulih keretakan dulu,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast