UTC
Konsep perkhidmatan UTC yang memberi perkhidmatan di luar waktu pejabat wajar diperluaskan dalam sektor awam. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Waktu operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara akan mengalami perubahan mulai hari ini hingga 9 Jun depan sempena bulan Ramadan.

UTC akan dibuka pada pukul 8 pagi dan ditutup pada 4.30 petang, kata Kementerian Kewangan.

Waktu solat Jumaat bagi UTC di Kedah, Selangor, Keramat
Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, Kelantan, Perlis, Sungai Petani
Perak, Kuala Lumpur, Sentul, Melaka, Pasir Gudang dan Pahang mulai 12.45 hingga 2.45 petang.

Manakala Sabah, Keningau, Labuan dan Tawau 11.30 pagi hingga 2 petang.

Sementara Sarawak, Miri dan Sibu 11.45 pagi hingga 2.15 petang.
Pahang

UTC merupakan pusat sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta bagi memudahkan rakyat berurusan serta mendapatkan perkhidmatan yang diperlukan.

Sehingga kini sebanyak 22 UTC telah ditubuhkan dan mendapat sambutan yang tinggi daripada rakyat dengan jumlah transaksi pelanggan yang dicatatkan sejak penubuhan adalah 72.3 juta.

Kementerian Kewangan Malaysia berharap agar waktu operasi UTC sempena bulan Ramadan ini dapat menjaga kebajikan para petugas di UTC dalam menunaikan ibadah puasa dan pada masa yang sama perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas. – MalaysiaGazette