IPOH – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui terdapat kalangan rakyat termasuk penjawat awam mahu kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak diteruskan untuk penggal akan datang hanya kerana kelantangannya mengekang rasuah.

Malah, Dr Mahathir berkata terdapat pihak yang menganggap kerajaan PH tidak sebaik pentadbiran terdahulu hanya kerana menolak amalan tidak bermoral tersebut.

“Ada yang berpendapat kerajaan sekarang tidak sebaik kerajaan lepas kerana kerajaan ini tidak benarkan terima rasuah.

“Ada yang anggap kerajaan hari ini tidak harus diteruskan tetapi kembali kepada kerajaan rasuah yang akan menguntungkan mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Townhall Bersama Penjawat Awam Negeri Perak di sini.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta kira-kira 1,500 penjawat awam.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast