Anggota polis mengawal di luar kawasan sebuah gereja selepas tiga gereja dibom di Sri Lanka. foto Agensi

BENTOTA, Sri Lanka/COLOMBO (Reuters) – Industri pelancongan Sri Lanka kerugian $4.4 billion akibat pembatalan tempahan selepas insiden pengeboman yang telah mengorbankan 250 orang dua minggu lalu.

Industri pelancongan yang menyumbang lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar terjejas teruk apabila para pelancong di seluruh dunia membatalkan tempahan hotel dan penerbangan akibat bimbang terhadap serangan susulan.

“Insiden tersebut memberi impak yang besar kepada ekonomi termasuklah industri pelancongan.

“Bagi memastikan ekonomi terus membangun, kita perlu memastikan industri pelancongan kembali pulih seperti sedia kala,” kata Presidennya Maithripala Sirisena dalam satu tembual pada Sabtu.

Tempahan kasar hotel secara purata menjunam 186 peratus dalam tempoh seminggu selepas serangan berlaku berbanding tempoh sama tahun lalu.

Data daripada syarikat perundingan perjalanan, ForwardKeys menunjukkan pembatalan adalah 100 peratus lebih tinggi berbanding tempahan.

Kadar tempahan hotel di seluruh negara mencatatkan 70 peratus setakat Sabtu dengan ibu negaranya, Colombo mencatatkan rekod paling buruk.

Beberapa syarikat penerbangan turut mengurangkan kekerapan penerbangan akibat penyusutan tempahan.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast