Masa depan Zidane bersama Real kini tidak selamat ekoran kekalahan teruk di tangan PSG kelmarin.

MADRID – Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane seolah-olah tidak mengalu-alukan hasrat bintang Paris Saint-German (PSG), Neymar untuk bermain di kelab Itu.

Biarpun Presiden Real Madrid, Florentino Perez dikatakan akan memberi lampu hijau namun Zidane dikatakan belum memberi persetujuan.

Ini merana Zidane tidak gemar dengan gaya hidup dan ego pemain itu.

Malah, kemasukan Neymar ke Real Madrid juga akan memakan belanja yang besar buat pasukan itu.

Neymar sebelum ini dilaporkan sudah bosan berkhidmat untuk PSG dan mahu berpindah menjelang musim panas akan datang. – MalaysiaGazette