Asap tebal dari pesawat Aeroflot yang terhempas selepas melakukan pendaratan kecemasan. fotO Agensi

MOSCOW – Angka kematian kebakaran pesawat Aeroflot milik Rusia di Lapangan Terbang Sheremetyevo meningkat kepada 41 orang.

Mangsa-mangsa termasuk dua kanak-kanak.

Rakaman televisyen menunjukkan pesawat Sukhoi Superjet 100 itu melantun di sepanjang landasan lapangan terbang sebelum bahagian belakang pesawat tiba-tiba pecah.

Ramai penumpang di dalam pesawat SU 1492 kemudian melarikan diri melalui gelongsor kecemasan pesawat selepas pendaratan sukar.

Pesawat itu, yang telah terbang dari Moscow ke bandar Murmansk di utara Rusia membawa 73 penumpang dan lima anak kapal, kata pengawal keselamatan Rusia.

Svetlana Petrenko, jurucakap Jawatankuasa Siasatan Rusia berkata, hanya 37 orang sahaja yang selamat.

Punca nahas belum dimaklumkan secara rasmi.

Jawatankuasa itu sudah membuka siasatan dan sedang melihat sama ada juruterbang melanggar peraturan udara.

Namun, ada penumpang yang menyalahkan cuaca buruk dan petir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast