Jejantas pejalan kaki inilah yang digunakan oleh orang ramai kini bertukar wajah selepas dipenuhi longgokan sampah-sarap di sepanjang laluan menuju ke Hospital Selayang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 04 MEI 2019.

KUALA LUMPUR – Kerja pembersihan jejantas Hospital Selayang sepatutnya dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya Gombak.

Menurut Jabatan Korporat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang pihaknya tidak bertanggungjawab atas jejantas yang sebelum ini didakwa orang awam sekitarnya kotor dan terabai .

MPS juga dalam masa yang sama memaklumkan bahawa JKR Gombak telah memberi jaminan untuk menjalankan pembersihan dengan segera.

“Untuk makluman, MPS tidak bertanggungjawab terhadap aktiviti pembersihan di jejantas Hospital Selayang seperti didakwa di dalam artikel tersebut. Namun begitu, MPS mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Gombak yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kawasan di jejantas Hospital Selayang.

“Menurut pihak JKR, konsesi pembersihan kawasan jejantas tersebut adalah di bawah tanggungjawab mereka dan tindakan pembersihan akan diambil dalam masa terdekat ini,” katanya menerusi kenyataan kepada Malaysia Gazette.

MPS juga menyediakan tong-tong sampah di kawasan berkenaan.

Untuk rekod menerusi tinjauan Malaysia Gazette pada Sabtu yang lalu, majoriti orang awam yang menggunakan jejantas berdekatan Hospital Selayang itu berasa tidak selesa kerana keadaannya yang kotor dengan sampah sarap. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/05/04/mps-tutup-mata-jejantas-hospital-selayang-kotor-terabai/