PORT MORESBY – Gempa bumi dengan 7.2 magnitud melanda Papua New Guinea pada pukul 7.19 pagi waktu tempatan.
Gegaran itu dirasai di utara Queensland namun tiada ancaman tsunami.
Ia berlaku pada kedalaman 127 kilometer dan dirasai di ibu negara Port Moresby.
Pusat gempa itu berada di bahagian timur negara itu dan 34 kilometer dari bandar Bulolo di Wilayah Morobe, kata Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette