Dr. Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Kenapa kritik ratifikasi Statut Rom disifatkan ‘bodoh’ oleh Perdana Menteri?

Datuk Dr. Puad Zakarshi hairan kenapa Tun Dr. Mahathir Mohamad begitu sakit hati dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Adakah Tun M tahu fakta sebenar kritikan TMJ?

“Takkan mengkritik Statut Rom dianggap bodoh. Takkan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor dianggap bodoh.

“Takkan memaklumkan sumbangan Sultan Johor kepada rakyat dianggap bodoh.

“Sebenarnya Tun M marah apabila TMJ mencadangkan daripada tukar jurulatih JDT lebih baik “tukar PM”,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Puad, kenapa mesti marah sedangkan Mahathir sendiri pernah menulis surat kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman pada 17 Jun 1969 supaya dia meletak jawatan.

“Bahkan Tun M telah mengadap Yang DiPertuan Agong pada 15 September 2016 untuk menyerahkan deklarasi rakyat mendesak Najib letak jawatan.

“Apakah rakyat yang mengkritik Tun M juga dianggap budak kecil yang bodoh? Nampaknya Tun M terlalu personal dengan TMJ,” katanya.

Puad beranggapan Tun M risau kerana TMJ ada pengikutnya tersendiri.

“Dia adalah pemilik Kelab JDT. Dia anak raja yang berani. Kalau dia tidak melatah dengan perkataan seperti “bodoh” kenapa Perdana Menteri kali kedua dan paling lama jadi sedemikian?
” soalnya.- MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.