enam anggota bomba yang menjadi hero memadamkan kebakaran Nothre Dame Paris dituduh merogol wanita skandinavia.

PARIS – Enam anggota bomba yang diangkat sebagai hero dalam usaha memadamkan kebakaran gereja bersejarah Notre Dame berdepan hukuman penjara.

Ini kerana keenam-enam mereka dituduh merogol secara berkumpulan seorang wanita berusia 20 tahun.

Mereka didakwa menyerang wanita Scandinavia di kuarters tempat kerja mereka yang terletak tidak jauh dari gereja yang terlibat dalam kebakaran tersebut.

Mangsa dalam keterangan kepada polis mengakui telah bersetuju untuk mengadakan hubungan seks dengan anggota bomba itu selepas bertemu di sebuah bar pada Jumaat lalu.

Namun dia mendapati diserang tiba-tiba oleh rakan anggota bomba berkenaan.

Sumber terdekat inkuiri itu berkata:”Mangsa ditemui dalam keadaan terkejut selepas kejadian itu”.

Bagaimanapun keenam-enam anggota bomba berusia antara 25 hingga 35 tahun itu menafikan dakwaan wanita tersebut.

Sebagai menghargai keberanian yang ditunjukkan keenam-enam anggota bomba yang terlibat dalam memadamkan kebakaran gereja suci itu, Presiden Paris, Emmanuel Macron menjemput 500 ahli bomba Paris ke Istana Elysee dan mengumumkan penganugerahan pingat emas atas khidmat cemerlang.

Jurucakap Jabatan Bomba Paris, Gabriel Plus berkata, kesemua suspek hadapi tuduhan merogol itu digantung tugas.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast