KUALA LUMPUR – Isteri pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik akan menyampaikan ceramah dalam satu forum sempena bulan Ramadan ini di Al-Madinah International University (MEDIU).

Dikhususkan hanya untuk wanita sahaja, Farhat Naik bakal berkongsi ilmu menerusi dua tajuk iaitu Sadaqa: Duty, Not A Favour dan Ramadhan: Best Time To Purify And Multiply Thus Donate And Elevate.

Forum tersebut akan dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris yang akan berlangsung pada 11 Mei ini pukul 9 pagi selama dua jam.

Farhat merupakan pendokong aktif dalam memperkasakan kaum wanita dalam perspektif Islam yang memiliki Sarjana Perdagangan dari University of Poona, India.

Beliau adalah bekas pensyarah dan mengajar pelajar sarjana di Poona College serta bekas Pengetua Sekolah Antarabangsa Islam Poona di Mumbai selain berkhidmat sebagai jurulatih agama Islam untuk guru, ibu bapa dan pelajar.

Melalui karyanya, Farhat menekankan betapa pentingnya pendidikan duniawi yang disemai dengan semangat Islam untuk belia Islam.

Sementara itu, tempat duduk untuk forum ini adalah terhad dan mereka yang berminat hadir digalakan mendaftarkan menerusi talian Whatsapp iaitu +601136573607dan +60193335042.

Difahamkan tetamu yang dihadir tidak dibenarkan membawa kamera untuk merakam gambar dan video Farhat yang sebelum ini mengenakan syarat itu. – MalaysiaGazette