Wisma Putra
Tindakan memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai ke kementerian berkenaan disebabkan kegagalan dua pegawai terbabit menguruskan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Dubai pada 29 hingga 31 Mac lalu.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) akan mengeluarkan nama Malaysia dari senarai negara-negara pihak Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini memaklumkan perkara tersebut.

Menurut Wisma Putra, kerajaan Malaysia telah mengemukakan surat penarikan diri penyertaan dalam Statut Rome kepada Setiausaha PBB pada 29 April 2019 selaku depositori bagi triti tersebut.

PBB akan mengeluarkan nama Malaysia akan dilaksanakan setelah melengkapkan prosedur penarikan diri Malaysia dari Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Kerajaan mengambil kira semua langkah yang perlu diambil untuk melaksanakan proses penarikan diri tersebut selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 5 April lalu mengumumkan keputusan Malaysia menarik diri penyertaannya ke Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Isu penarikan diri Malaysia dari Statut Rom juga telah disentuh semasa sesi penggulungan Dewan Negara yang telah berlangsung pada 30 April 2019 di mana persoalan mengenai perkara ini telah dijawab oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahaya.- MalaysiaGazette