Pelakon, Rozita Che Wan (tiga kanan) dan Pengurus Perhubungan Awam Royale Chulan The Curve, Sharifah Nazirah Barakbah (tiga kiri) beramah mesra dengan anak-anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari di Royale Chulan The Curve, Damansara foto NOOREEZA HASHIM, 09 MEI 2019.

PETALING JAYA – Pelakon, Rozita Che Wan dan keluarga meraikan anak-anak yatim dalam satu Majlis Berbuka Puasa Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Kampung Melayu Subang di Hotel Royale Chulan The Curve di Damansara malam tadi.

Menurut Pengurus Perhubungan Awam Hotel Royale Chulan The Curve, Sharifah Nazirah Barakbah, program yang dianjurkan oleh pihaknya itu  salah satu daripada aktiviti yang diadakan sepanjang bulan Ramadan.

Lebih istimewa majlis kali ini dimeriahkan dengan kehadiran Rozita atau lebih dikenali Che Ta sekeluarga yang turut bersama-sama menyampaikan sumbangan duit raya dan beramah mesra dengan 30 orang kanak-kanak berkenaan.- MalaysiaGazette