KUALA LUMPUR- Isteri jutawan, kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida mengesahkan pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melakukan siasatan di rumah mereka berhubung video dimuat naik suaminya di Instagram yang memaparkan anak perempuannya menangis kesakitan selepas dipukul.

Justeru Nur Shahida meluahkan rasa pelik kerana mengapa masih ada pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
yang membuat lagi laporan polis mengenai isu tersebut.

Jelas beliau, siasatan JKM turut mendedahkan tiada kesan penderaan emosi terhadap anaknya itu.

“Polis dah datang rumah saya soal siasat semua bibik dan anak-anak saya… lebih 10 orang.. ambik gambar pun sudah.. esoknya saya diarahkan pergi JKM pun sama dah soal anak-anak saya semua…. lepas tu saya diarahkan ke hospital Sg. Buloh juga buat pemeriksaan dengan pakar kanak-kanak … tiga doktor periksa anak saya…. periksa seluruh badan juga …”

“Jadi ni, nak saya pergi kali kedua ke macam mana nak bagi puas hati? Macam mana NG0 ni boleh keluar statement tiada tindakan dibuat? So funny! Menurut JKM setelah disiasat, mereka kata tiada kesan penderaan emosi mahupun fizikal pada anak saya.

“Awak tengok anak saya ada alami masalah kemurungan dan emosi ke? Saya tak kata pun tindakan suami saya betul… memang salah tapi lepas dah saya lalui semua pemeriksaan ni mereka nak apa. lagi? Video tu tak tunjuk pun anak saya kena rotan,” tulis Nur Shahida itu dilakukan di akaun Instagram miliknya.

Pada 24 April lalu, dalam video berdurasi 57 saat yang dimuat naik Aliff di Instagramnya telah memaparkan ahli perniagaan itu sedang menyapu krim di belakang badan anaknya itu selepas dia dipukul kerana membuka tudung di depan lelaki tidak dikenali.

Dalam video berkenaan, Aliff turut meminta maaf kepada anaknya itu, manakala kanak-kanak itu menangis kesakitan.

Sehingga hari ini, video terbabit mencatat lebih satu juta tontonan dan lebih 4,000 komen dan menjadi tular. – MalaysiaGazette