Masjid Seven Kings di Ilford

LONDON – Satu tembakan dilepaskan di luar masjid di timur London semasa solat terawih dijalankan.

Kejadian itu berlaku selepas seorang lelaki dengan senjata telah memasuki Masjid Seven Kings di Ilford pada malam Khamis.

Para jemaah dilaporkan telah meminta lelaki itu keluar dari bangunan tersebut dan tidak lama kemudian tembakan kedengaran.

Polis yang dipanggil tiba selepas panggilan dibuat mendapati tiada kecederaan atau kerosakan berlaku di kawasan kejadian.

Malah, polis percaya senjata yang digunakan adalah pistol tanpa peluru, justeru menolak insiden itu ada kaitan dengan keganasan.

Namun, anggota polis terus mengawal kawasan itu semalaman.

Mufti Suhail dalam satu kenyataan yang dikongsi olah Majlis Muslim melalui Twitter berkata, motif suspek tidak diketahui, lantaran itu orang ramai diminta mengelak daripada melakukan spekulasi dan mengedarkan maklumat yang belum disahkan. – MalaysiaGazette