Datuk Ismail Kamus

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat berkaitan dengan Datuk Ismail Kamus menafikan pendakwah terkenal itu meninggal dunia hari ini.

Menurut Pengarah Urusan, Ikhtiar Syifa Sdn. Bhd, Abdul Hadi Jusoh, berita kematian itu tidak benar dan berkata Ismail kini berada dalam keadaan sihat.

“Berikutan tersebarnya berita Ustaz Ismail Kamus dalam keadaan sangat uzur/ tenat dan pagi ini disebarkan berita bahawa beliau telah meninggal adalah tidak benar sama sekali.

“Di waktu ini (Sabtu 11 Mei 2019, 11.20pg) Ismail Kamus berada dalam keadaan sihat dan stabil, insyaAllah dijangka keluar daripada wad pada petang ini atau esok,” demikian menurut beliau di Facebook Ustaz Ismail Kamus.

Berita kematian Ismail Kamus tersebar di media sosial bermula semalam selepas beliau menjalani pembedahan jantung.

Jelas Abdul Hadi, gambar yang ditularkan semalam adalah selepas Ismail Kamus selesa menjalani pembedahan.

“Gambar yang dirakam (berbaju kuning) oleh pihak tertentu adalah sewaktu tuan guru baru saja selesai menjalani pembedahan kecil dan dalam keadaan rehat/tidur,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast