Dr. Sahruddin Jamal
JOHOR BAHRU – Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal mengambil sikap kunci mulut berhubung isi kandungan memorandum yang dihantar oleh 23 Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor kepada Perdana Menteri yang juga pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini.

Ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa di Ibu Pejabat Bersatu Johor di sini, hari ini, Dr Sahruddin, yang juga Setiausaha Bersatu Johor, sekadar menyatakan hanya maklum mengenai pertemuan itu, namun, enggan mengulas lanjut isi kandungan memorandum itu.

“Kandungan ada dalam itu,” katanya sebagai merujuk memorandum berkenaan.

Rabu lalu, sebuah akhbar melaporkan bahawa Dr Sahruddin telah maklum mengenai penyerahan satu memorandum daripada 23 ketua bahagian kepada Dr Mahathir.

Bagaimanapun, beliau juga memilih untuk tidak bercakap lanjut mengenai isi kandungan memorandum ketika itu.

Namun begitu, ramai pihak percaya memorandum itu berhubung kait dengan isu pelantikan bekas exco kerajaan negeri, Mazlan Bujang sebagai pengerusi parti negeri serta menyatakan sokongan kepada Dr Sahruddin untuk memegang jawatan itu.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast