KUALA LUMPUR – OCBC Bank (Malaysia) Bhd dan OCBC Al-Amin Bank Bhd akan menurunkan kadar asas (BR), kadar asas pinjaman (BLR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) sebanyak 0.25 peratus mulai esok.

OCBC berkata, BR akan diturunkan daripada 4.08 peratus kepada 3.83 peratus manakala BLR dan BFR diturunkan kepada 6.76 peratus.

Katanya, semua kadar pinjaman dan pembiayaan berasaskan BLR dan BFR, akan turun mengikut kadar yang sama.

Deposit tetap konvensional dan kadar deposit Islam juga berkurangan 0.25 peratus pada hari yang sama.

Kadar baharu itu susulan pengumuman penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia baru-baru ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast