Saham DRB Hicom jatuh enam sen atau tiga peratus kepada RM1.95.

KUALA LUMPUR – DRB-Hicom mengesahkan anak syarikatnya, Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Deftech adalah syarikat kontraktor pertahanan yang terlibat dalam pembangunan, mengeluar dan membekal kenderaan, perisai dan logistik untuk tentera dan keselamatan.

Dalam satu kenyataan ringkas, syarikat itu berkata, pihaknya dan Deftech akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak-pihak berkuasa. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/05/13/ceo-cfo-disyaki-terlibat-rasuah-projek-alatan-kenderaan-ditahan-sprm/