Ti Lian Ker

KUALA LUMPUR – Ugutan Lim Kit Siang untuk bersara sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah sebagai satu wayang politik.

Malah, ugutan itu semata-mata mahu memberi gambaran bahawa DAP masih berpengaruh dalam Pakatan Harapan (PH).

Jika Kit Siang benar-benar ikhlas, beliau bersara dengan segera untuk menunjukkan ketidakpuashatinya terhadap sikap diktator dan kleptokrasi Dr Mahathir yang mengingkari janjinya sebelum ini dengan melanjutkan tempoh selama dua tahun lagi tanpa membincangkan keputusannya dengan Anwar.

Oleh itu, Kit Siang digesa berhenti berwayang, seperti mana beliau membuat wayang apabila berjanji bahawa DAP akan menyemak dan mengimbang Dr Mahathir dan menyiasat semula skandal-skandal yang berlaku semasa Ahli Parlimen Langkawi itu menjadi perdana menteri keempat selama 23 tahun.

Tindakan Kit Siang mengugut bersara memang selari dengan sikapnya selama ini untuk mewujudkan masalah dan membiarkan orang lain ‘membersihkannya’, kata Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker

Sebelum ini, DAP di bawah kepimpinannya telah menghasut rakyat membenci Dr Mahathir tetapi alangkah terkejutnya rakyat apabila DAP sanggup bekerjsama dengan ‘diktator’ ini semata-mata untuk mendapat kuasa.

Demi menyenangkan hati penyokong-penyokong mereka, Kit Siang telah berjanji akan menyemak dan mengimbangi Dr Mahathir untuk memastikan perdana menteri itu tidak akan terlepas dari kesalahannya terdahulu.

“Apakah telah terjadi kepada janji-janji tersebut apabila kontrak-kontrak kerajaan diberi kepada anak-anak dan kroni-kroninya, seperti pemberian kontrak TM kepada Opcom milik Tan Sri Mokhzani Mahathir dan projek RM30 bilion untuk membangunkan Langkawi kepada Tan Sri Ting Pek Khiing?

“Sebaliknya, apabila sikap diktator Tun Dr Mahathir mula menyerlah, Kit Siang pula mahu melarikan diri, malah sanggup berwayang untuk bersara supaya dilihat sebagai seorang wira,” kaya Lian Ker lagi.

Hakikatnya, DAP adalah parti  yang mengembalikan seorang diktator kepada pucuk pimpinan negara atas ketamakan kuasa mereka sendiri.

Artikel berkaitan: TERKINI : Kit Siang Letak Jawatan! Jika Anwar Tak Jadi PM – Wan Azizah

Kit Siang masih diperlukan dalam PRU15- Wan Azizah

Lian Ker berkata, Kit Siang memang tidak memainkan peranannya dengan baik, dan negara tidak akan kehilangan atau rugi jika beliau masih kekal ataupun bersara.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kit Siang berhenti membuat wayang mahu bersara atau lebih baik lag, menunaikan janjinya untuk menyiasat semula skandal-skandal yang didakwanya berlaku di bawah pemerintahan Dr Mahathir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast