DALLAS – Ketua Pegawai Eksekutif Ethiopian Airlines berkata ia mungkin tidak akan menggunakan Boeing, B737 MAX lagi selepas kemalangan pada Mac lalu dan jika ia masih mahu menggunakan pesawat itu, pihaknya akan menunggu hingga semua syarikat penerbangan menggunakannya dahulu.
Tewolde Gebremariam memberitahu NBC News bahawa Ethiopian Airlines tidak akan menggunakan pesawat itu kecuali jika syarikat, juruterbang dan penumpang berasa yakin ia selamat.
“Jika kami menggunakannya lagi, kami akan menjadi syarikat penerbangan terakhir yang akan menerbangkannya,” katanya seperti dipetik agensi berita AP.
Jurucakap Boeing, Charles Bickers berkata, syarikat itu ‘ sedang bekerjasama dengan juruterbang, syarikat penerbangan dan pengawal selia di seluruh dunia bagi mengemaskini maklumat mengenai pesawat tersebut dan membantu menghalang tragedi kehilangan nyawa daripada berulang’.
Operasi kira-kira 400 buah pesawat B737 MAX yang dikendalikan berdozen syarikat penerbangan di seluruh dunia digantung ketika Boeing berusaha memperbaiki perisian kawalan penerbangan yang disyaki menjadi punca dua kemalangan udara yang mengorbankan 346 nyawa, termasuk 157 penumpang dan krew penerbangan Ethiopian 302.
Boeing melakukan perubahan rekaan untuk mengurangkan keupayaan perisan melaras muncung pesawat ke bawah dalam keadaan tertentu bagi membolehkan juruterbang lebih mudah mengendalikan pesawat. – Agensi
nsi.