Mohamad Sabu
Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan telah meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dan bertindak terhadap Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berkenaan 16 projek Land Swap tanah-tanah Kementerian Pertahanan.

Menurut satu kenyataan, Kementerian Pertahanan telah membuat dua laporan kepada SPRM mengenai laporan siasatan 16 projek Land Swap yang membabitkan tanahnya bagi membolehkan siasatan terperinci dan tindakan lanjut dilakukan.

Katanya, laporan jawatankuasa itu memberi kesan besar kepada Kementerian Pertahanan khususnya kepada pihak yang terlibat dalam menguruskan projek pertukaran tanah agar sentiasa berhati-hati dan tidak terlibat dalam sebarang penyalahgunaan kuasa serta rasuah sehingga menyebabkan kegagalan projek, sekaligus merugian kerajaan.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu telah membentangkan laporan berkenaan di Dewan Negara pada 9 Mei lalu.

Pada sidang media selepas itu, Mohamad juga telah mengumumkan bahawa laporan siasatan penuh kesemua 16 projek tersebut akan disiarkan kepada umum secara berperingkat dalam portal rasmi kementerian tersebut. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.