KUALA LUMPUR – Malang nasib pekebun-pekebun kecil negara ini kerana tidak ada Pilihan Raya Kecik (PRK) menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Jika tidak, sudah tentu 450,000 pekebun getah ini akan mendapat bantuan hari raya.
Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan mengapa pekebun-pekebun kecil ini tidak dibantu sedangkan harga purata getah SMR20 untuk bulan Mei ini hanya RM6.17 satu kilogram (kg).
Harga itu masih rendah berbanding RM6.50 satu kg untuk bulan yang sama pada tahun 2017
“Kenapa PH tak nak tolong? Kerana ekonomi sangat baik di bawah PH sekarang seperti PM ke-7 kata. Oleh itu Rakyat tak perlu bantuan lagi.
“Ataupun Kementerian Kewayangan tak luluskan bantuan kepada pekebun-pekebun kecil?
“Malangnya tak ada PRK yang akan datang pada masa ini. Kalau ada PRK, sudah tentu akan ada bantuan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Hal Ehwal Kewangan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pekebun getah tidak akan menerima bantuan Hari Raya Aidilfitri kerana harga komoditi itu stabil.
Najib berkata, nasib pekebun-pekebun kecil getah itu tidak seperti bantuan musim tengkujuh untuk Sabah semasa PRK Sandakan, walaupun sudah sampai akhir bulan April dan musim tengkujuh sudah lama berakhir.
“Lebih dashyat lagi, Kementerian Kewangan sendiri yang umumkan bantuan tengkujuh bulan April ini,” ujarnya.
– MalaysiaGazette