KUALA LUMPUR – Tragedi seorang remaja membunuh diri di Kuching semalam gara-gara undian netizen di laman Instagram mencetuskan kebimbangan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Katanya, isu kesihatan mental belia merupakan isu nasional yang mesti diberi perhatian serius.
“Perbincangan nasional mesti dilakukan. Saya lapang pada pukul 5.30 petang Jumaat ini. Mari berdialog di IIUM econs Cafe. Buka puasa sekali,” katanya di laman Twitter.
Keprihatinan Syed Saddiq itu rentetan daripada tragedi yang menimpa seorang remaja berusia 16 tahun yang nekad terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan selepas menerima undian netizen sebanyak 69 peratus yang memilih supaya beliau mati.
Mangsa sebelum itu menulis catatan ‘Really Important, Help Me Choose D/L pada kotak undi.
D bermaksud ‘die’ (mati) manakala L bermaksud ‘live’ (hidup)
Difahamkan, remaja berkenaan tertekan selepas bapa tirinya berkahwin dengan wanita Vietnam di Singapura dan jarang pulang ke rumah mereka. – MalaysiaGazette
Artikel berkaitan: