TERKINI : TNB Terima Pendapatan dari NFCP – Amir Hamzah

Tenaga Nasional Bhd. (TNB) menjangkakan pendapatan daripada projek Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) mula diperolehi tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu, Amir Hamzah Azizan berkata, syarikat tenaga negara itu juga sedang meninjau lokasi yang mempunyai nilai tinggi untuk mengkomersialkan projek tersebut.