Pelakon, Nelydia Senrose, 24, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd. Hafez Halimi Abdul Hamid, 35, pukil 3.28 petang tadi.

KUALA LUMPUR – Mengambil keberkatan bulan Ramadan ini, pelakon Nelydia Senrose dijemput lagi menunaikan ibadah umrah bersama suaminya, Mohd. Hafez Halimi.

Menurut pemilik nama penuh Nik Zaris Nelydia Nik Senrose, 24, itu, dia bersama suami dan kakaknya yang juga pelakon, Uqasha Senrose berangkat ke kota suci Makkah pada hari ini.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah sekali lagi saya berpeluang mengerjakan umrah di bulan yang mulia ini dan kali ini bersama suami serta kakak saya.

“Dengan ini saya memohan maaf di atas segala kesilapan diri ini pada yang mengenali saya secara dekat mahupun tidak.

“Doa kan segala urusan saya di permudahkan dan saya akan doakan kalian juga di sana InsyaAllah,” katanya.

Nelydia berkongsi berita baik sementara menanti penerbangannya ke Mekah di laman Instagram miliknya,

Pada Disember lalu, pelakon Cinta Tiada Ganti itu menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya.

Nelydia turut berkongsi salah satu doa adalah dipermudahkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga.

Wanita kelahiran Kelantan itu selamat bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35, pada 6 April
lalu.

Pasangan itu dinikahkan bapa kepada Nelydia iaitu Nik Sen Mat Rin di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dan dihadiri kaum keluarga serta rakan terdekat sahaja. – MalaysiaGazette