Pesawat 737 Max. foto Agensi

WASHINGTON – Boeing telah menyelesaikan mengemas kini perisian untuk pesawat 737 Max yang digantung selepas berlaku dua nahas dalam tempoh lima bulan.

Firma Amerika Syarikat itu memberitahu, ia telah menerbangkan 207 pesawat 737 Max dengan perisian terkini itu.

Boeing juga akan menyediakan data kepada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) tentang bagaimana juruterbang perlu berinteraksi dengan kawalan dan paparan dalam senario yang berbeza.

FAA menjangkakan Boeing akan mengemukakan persijilan penambahbaikan pada minggu depan.

Pesawat itu digantung selepas Ethiopian Airlines terhempas pada bulan Mac lalu, mengorbankan kesesemua 157 penumpang.

Kejadian itu berlaku selepas lima bulan pesawat Lion Air terhempas di perairan Indonesia hingga mengakibatkan 189 orang terbunuh.

Kedua-dua kemalangan itu dikaitkan dengan Sistem Peningkatan Ciri-ciri Boeing 737 Max – ciri baharu pada kapal terbang yang direka untuk meningkatkan pengendalian pesawat dan untuk menghentikannya apabila ia berada pada sudut yang tinggi.

Boeing juga telah menyelesaikan ujian simulator yang berkaitan dengan sistem yang dinaik taraf dan telah membangunkan latihan dan pendidikan yang kini sedang dikaji semula oleh FAA, pengawal selia global dan pelanggan-pelanggan penerbangannya.

Pada awal minggu ini, FAA berkata, ia akan mengadakan mesyuarat pada 23 Mei ini dengan pengawal selia udara dari seluruh dunia untuk mengemas kini kajian perisian Boeing dan latihan juruterbang baharu. – MalaysiaGazette