Menara PTPTN, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 05 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sewajarnya lebih rasional dalam menetapkan sebarang cadangan tanpa menindas dan menekan hak peminjam sebagai rakyat Malaysia dalam usaha memastikan peminjam melunaskan semula hutang.

Lantaran itu, PTPTN dituntut menimbang semula cadangan untuk menyekat perjalanan ke luar negara bagi individu yang culas membayar hutang.

Malah, pengurusan PTPTN sewajarnya lebih rasional dalam menetapkan sebarang cadangan tanpa menindas dan menekan hak peminjam sebagai rakyat Malaysia dalam usaha memastikan peminjam melunaskan semula hutang.

Sebaliknya, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menuntut PTPTN melaksanakan janji 5 buku Harapan yang menyatakan iltizam Pakatan Harapan untuk meringankan beban hidup yang ditanggung anak muda dengan menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4000 sebulan.

Artikel berkaitan:Anwar bantah tindakan keras terhadap peminjam PTPTN – Anwar

Sekat pembaharuan pasport, lesen memandu peminjam PTPTN liat dicadang

Ini juga termasuklah langkah memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam, kata presidennya, Muhammad Nur Iman Abdy

Menurutnya, segala solusi dan cadangan yang dikemukakan PTPTN bagi menyelesaikan kemelut ini dilakukan dengan berhemah serta tidak mendera para graduan bagi memastikan kebajikan generasi muda terjamin. – MalaysiaGazette