PTPTN
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penangguhan yang bakal memberi manfaat kepada hampir 1.5 juta peminjam itu berkuatkuasa serta-merta sehingga 30 September ini.-Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikecam selepas pihak pengurusannya bercadang mengenakan beberapa tindakan kepada peminjam yang gagal membayar balik pinjaman.

Selain bercadang mengenakan sekatan semula perjalanan ke luar negara, PTPTN juga mahu menyekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan.

Cadangan-cadangan itu mengundang kritikan daripada para netizen yang tidak berpuas hati.

Seorang netizen, Augustine Mellblen menyifatkan cadangan terbaharu itu paling bodoh yang pernah dia dengar.

“Pejuang PTPTN dulu dah mati ke semua? Mana semua idea mereka ni dulu?,” katanya yang menulis di ruangan komen Facebook PTPTN.

Mohd Iqbal B. Johari berkata:” Dgr kat tv3 td, siapa x byr pinjaman, nama kena blacklist, xleh keluar negara, lesen xleh renew.. pasni ramai la bw keta xde lesen, mati katak”.

Manakala Wan Azua pula berkata: “Nak suspend ..suspend passport je la ..X payah suspend lesen kete perniagaan bongok ..dh Tu camna dorang nak bergerak gi tempat keje”.

Warganet, Nor Musliza Othman pula meminta PTPTN tidak zalim untuk melaksanakan cadangan-cadangan tersebut.

“Nor Musliza Othman Jgn la zalim sangat, sampaikan buat lesen memandu x leh sambung. Penting kot lesen tu..,” ujarnya.

Malah, ada dalam kalangan netizen yang memberi komen dengan membangkitkan semula janji manifesto Pakatan Harapan yang dibuat pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Antaranya, Erica Silverstine yang menyindir: “Wow bagus kena kencing mana pendidikan percuma dulu kemain hasut kata jangan bayar ptptn kalau ph menang ptptn dimansuhkan mana janji manismu?? Kerajaan PH?? Mana pendidikan percuma”

Shafee Dulaip pula berkata: “Betul PTPTN perlu bayar balik, dah pinjam memang kena bayar baliklah, Tapi Macam Mana dengan janji kerajaan PH untuk Mansuhkan bayaran balik pinjaman PTPTN pru lepas???”.

Dalam manifesto itu, PH menjanjikan penangguhan pembayaran balik pinjaman bergaji kurang RM4,000 sebulan, pembayaran bergantung kepada jumlah gaji peminjam dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas pinjaman.

Tidak kurang juga ada peminjam yang mahu kerajaan mempertimbangkan untuk tidak mengenakan faedah ke atas peminjam PTPTN.

Seorang netizen, Mawaddah Warahmah Rusdi berkata: “Harap kerajaan kaji supaya tidak di kenakan riba yang tinggi terhadap peminjam..dan berharap sangat kerajaan menghapuskan feadah (interest) untuk pinjaman pelajaran”.

Sementara itu, Livin Rozar menulis: ” PTPTN… berfikir secara matang.. kenapa Yuran menjadi terlalu tinggi sampai kena berhutang utk belajar…cari jalan utk selesaikan masalah tu… benda simple pun xtau nak berfikir secara rasional..”.

Mohd Nazri juga berkata: “Cuba buat pinjam 20k bayar 20k bukan bersifat keuntungan, ni x bila bayar stiap bulan sakau hampir rm50.. Mesti org rs lembut hati bayar, bt la gaji rm4k bru wajib bayar.” – MalaysiaGazette