SM Mohamed Idris.

KUALA LUMPUR- Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris meninggal dunia di Hospital Gleneagles, di George Town, Pulau Pinang hari ini.

Allahyarham menghembus nafas terakhir jam 4.45 petang tadi pada usia 93 tahun.

Beliau sebelum ini dimasukkan ke hospital kerana kesukaran bernafas dan allahyarham meninggalkan empat orang anak perempuan.

Semasa hayatnya, beliau lantang memperjuangkan hak-hak pengguna terutama di Pulau Pinang.

Antara kritikannya, termasuk membidas projek-projek mega negeri seperti Rancangan Induk Pengangkutan Pulau Pinang dan Penambakan Selatan Pulau Pinang.- MalaysiaGazette