Tuesday, August 4, 2020
Home Nasional Program tempatkan pegawai polis di setiap masjid disambut baik

Program tempatkan pegawai polis di setiap masjid disambut baik

19.

Imam Besarnya, Ehsan Mohd Hosni berkata, program itu merupakan salah satu daya usaha untuk mengekang kejadian jenayah terutamanya di masjid agar para jemaah merasa tenteram dan selamat ketika beribadah.

“Sudah sampai masanya  inisiatif itu  dilaksanakan berikutan berlaku kejadian seperti kecurian pada waktu puncak seperti solat Jumaat dan solat Tarawih pada bulan Ramadan,”  katanya dalam program Ruang Bicara di Bernama News Channel Jumaat malam

Kelmarin  Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, program itu dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri dan anggota  jawatankuasa masjid bertujuan meningkatkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti pencegahan jenayah dengan  menyalurkan maklumat jenayah kepada polis.

Beliau berkata, ini bagi mengurangkan jenayah seperti curi motosikal, pecah kenderaan, curi tabung masjid dan curi kasut. – MalaysiaGazette