TERKINI : Saya Tak Meminta! Allah Temukan Saya, Sahur Berlaukkan Garam – Marsyila Zakaria

Kisahnya dipaparkan di portal MalaysiaGazette dua hari lalu. Siapa sangka kisah kemiskinan bandar ini mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Marsyila Zakaria bercakap kepada media selepas menerima sumbangan makanan dan sumbangan kewangan berikutan kesempitan hidup bersama 6 orang anaknya di PPR Desa Tun Razak Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.