KUALA LUMPUR- Chef selebriti, Adam Mahamed Ismael atau lebih dikenali sebagai Adamdidam meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru awal pagi tadi.
Berita tersebut dikongsikan oleh sepupu beliau, Natasha Amran menerusi laman Instagramnya.
“Sepupu kesayangan saya meninggal dunia pada pagi ini. Allahuakbar.
“Al-Fatihah untuk Adam. Semoga roh Adam ditempatkan bersama para solihin,” katanya.
Difahamkan Adam, 29, meninggal dunia di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan dan akan dikebumikan selepas solat Zohor hari ini.
Allahyarham yang memiliki lebih 370,000 pengikut di Instagram merupakan seorang Perancang Strategik di Petronas sebelum meneruskan minatnya dalam bidang masakan.
Hantaran terakhirnya di Instagram adalah pada Februari lalu.
Allahyarham merupakan peserta rancangan masakan Hero Oven musim kedua di TV3.- MalaysiaGazette