PTPTN berterima kasih kepada kerajaan Sarawak prihatin bantu anak negeri bayar baki pinjaman.

KUALA LUMPUR – Pemuda Amanah Kelantan kesal dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mengitar semula idea kerajaan terdahulu untuk mendapat semula balik pinjaman daripada peminjam.

Ketuanya, Hazmi Hassan berkata, PTPTN sepatutnya memikirkan cara baharu yang lebih mesra rakyat dan bukan sekadar mengguna semula kaedah yang sudah jelas dan terang ditolak rakyat sendiri.

“Konsultasi apa lagi yang ingin PTPTN buat sedangkan idea itu secara lantang dan kasar bertentangan dengan manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH).

“Malah, idea sebegini tidak sepatutnya menjadi paksi kajian lagi dan perlu disaring mentah tanpa perlu dibincang dan difikir panjang oleh pemuka-pemuka PTPTN,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

 

Hazmi Hassan
Hazmi Hassan

 

Tambah beliau, ketika Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan para menteri berhempas pulas meringankan beban rakyat dan membina sokongan bertambah PH, tindakan PTPTN mendedahkan kajian simplistiknya itu hanya menyumbang kepada pandangan tidak elok rakyat terhadap kerajaan.

Lantaran itu, beliau menegaskan, jika para pengurusan PTPTN tidak mampu memikirkan idea baru maka wajarlah mereka lepaskan jawatan.

Ia membolehkan kerajaan perlu segera mencari pengganti yang mampu berfikir demi rakyat terbanyak, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast