NEW YORK – Aktor Hollywood terkenal, Daniel Craig berdepan detik malang lagi apabila tercedera di set filem James Bond terbaharu.

Gara-gara kecederaan itu, dia yang berusia 51 tahun terpaksa menjalani pembedahan kecil buku lali.

Craig akan menjalani rawatan pemulihan selama dua minggu selepas pembedahan itu.

Bagaimanapun pemulihan pelakon tersebut tidak akan memberi kesan kepada jangkaan pengeluaran filem itu pada April tahun depan.

Craig yang melakonkan watak perisik lagenda British yang hebat pernah tercedera ketika penggambaran di Jamaica. – MalaysiaGazette