Pasukan keselamatan membawa keluar mangsa letupan yang berlaku di Kathmandu. foto Agensi

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya empat terbunuh manakala tujuh lagi cedera selepas tiga letupan berlaku di ibu negara Nepal.

Satu letupan berlaku di tengah bandar dan dua lagi di luar bandar  pada tengah hari Ahad.

Peranti peledak dipercayai digunakan untuk mencetuskan letupan, kata polis.

Seorang pegawai memberitahu pemberita, kumpulan serpihan Maois dipercayai ada kaitan dengan letupan itu selepas risalah mengenai mereka dijumpai di kawasan berdekatan.

Kumpulan yang sama didakwa telah melakukan letupan pada bulan Februari yang membunuh seorang di Kathmandu.

Namun, setakat ini belum ada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.

Ketua Polis Nepal, Shyam Lal Gyawali berkata, tiga mangsa meninggal dunia ditempat kejadian manakala empat lagi di hospital.

Seorang pelajar Govinda Bhandari, 17, memberitahu Reuters: “Saya mendengar bunyi bising yang kuat dan bergegas ke tempat kejadian untuk mencari dinding rumah yang telah mengalami keretakan akibat kesan letupan itu.”

Hanya satu orang meninggal dunia dalam letupan awal, manakala tiga mati dalam kejadian kedua berhampiran kedai dandanan rambut di pusat bandar.

Ledakan ketiga berlaku beberapa jam kemudian dan dilaporkan telah mencederakan dua anggota kumpulan yang mengangkut alat peledak.

Pasukan keselamatan telah menutup lokasi letupan dan siasatan sedang dijalankan. – MalaysiaGazette