umlah pendaki Gunung Everest yang meningkat pada musim ini dikatakan penyebabkan jumlah kematian meningkat. foto Agensi

NEPAL – Pihak berkuasa pelancongan Nepal menafikan tuduhan peningkatan jumlah kematian pendaki Gunung Everest disebabkan oleh kesesakan.

Ketua Pengarahnya, Dandu Raj Ghimire berkata, terdapat faktor lain turut menyumbang kes kematian termasuk keadaan cuaca buruk.

Seramai 10 orang pendaki dilaporkan mati atau hilang pada musim pendakian musim ini.

Ghimire berkata, seramai 381 orang telah menaiki Everest pada musim bunga ini tetapi tempoh cuaca baik sangat singkat, sedangkan bilangan orang yang berada di laluan itu “lebih tinggi daripada yang dijangkakan”.

Seorang rakyat Britain, Robin Haynes Fisher, 44, meninggal dunia pada Sabtu beberapa minit selepas mencapai puncak Everest.

Kevin Hynes, 56, dari Ireland, meninggal dunia di khemahnya pada hari Jumaat dan Séamus Lawless, juga Ireland, mati selepas jatuh berhampiran puncak gunung itu.

Seorang Nepal, empat orang India, Austria dan Amerika juga dilaporkan mati atau hilang.

“Mendaki gunung di Himalaya sebenarnya merupakan isu yang mencabar, kompleks dan sensitif, memerlukan kesedaran penuh namun kemalangan tragis ini tidak dapat dielakkan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast