Mohamed Khaled Nordin.

KUALA LUMPUR –  Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersedia berjumpa dengan Menteri Pendidikan untuk berbincang isu kolej matrikulasi.

Naib Presiden UMNO itu mengambil maklum tentang respon Dr. Maszlee Malik terhadap pandangan dan kegusaran beliau mengenai isu berkenaan.

“Malah Menteri Pendidikan juga menzahirkan kesediaan beliau untuk bertemu dan berbincang dengan saya mengenai isu-isu berkaitan pendidikan negara.

“Saya menyambut baik dan bersedia berjumpa beliau untuk berbincang isu Kolej Matrikulasi atau mana-mana isu pendidikan sekiranya Menteri Pendidikan rasa wajar dan berkeperluan untuk dapatkan penjelasan lanjut,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Terdahulu, Mohamed Khaled telah melahirkan rasa kecewa dengan keterujaan Maszlee yang menyambut gesaan Pemuda DAP berhubung isu matrikulasi.

Sebelum itu, Ketua Pemuda DAP, Howard Lee mencadangkan Kementerian Pendidikan menyelesaikan ketidaksamarataan yang besar dalam status quo di bawah sistem penapisan untuk peperiksaan matrikulasi, bagi memastikan peluang yang lebih adil untuk pelajar STPM dan matrikulasi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast