Bangunan Kementerian Kewangan. foto HAZROL ZAINAL, 02 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Tempoh permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dibuka mulai 1 Julai hingga 15 Ogos tahun ini.

Ia bagi memberi ruang kepada sebahagian pemohon yang tidak layak mengemukakan rayuan berserta dokumen berkaitan untuk diverifikasi semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, fasa kedua BSH telah buat dengan peruntukan sebanyak RM1.42 bilion kepada 3.6 juta penerima serta 3.23 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah.

Kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.

Guan Eng berkata, bagi permohonan baharu yang tidak menerima bayaran fasa pertama sebanyak RM300, bayaran berkenaan akan disekalikan dalam pembayaran fasa 2 mengikut nilai kelayakan kategori BSH.

Kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak berumur 18 tahun ke bawah (terhad kepada 4 orang anak) kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.

Bayaran kadar tambahan ini akan dibuat secara sekali gus pada pembayaran fasa 2 BSH. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.