SELAYANG – Pengeluar produk MommyHana merancang untuk menarik lebih 5,000 suri rumah di negara ini bagi menceburi bidang perniagaannya.

Menurut pengasasnya, Hana Shahadan, mana-mana yang mahu belajar berniaga produk Mommyhana digesa tampil ke hadapan untuk dibantu oleh syarikat mereka.

“Syarikat Mommyhana dalam proses mencari dan ingin membantu 50,000 suri rumah yang mahu belajar berniaga tanpa modal dengan membuat jualan produk Mommyhana walaupun dari rumah.

“Semoga usaha murni ini sentiasa dapat diteruskan,” katanya semasa majlis iftar Mommyhana di Teratak Che Dah, Sri Kudang.

Dalam majlis itu, 24 orang anak anak yatim dan asnaf daripada Teratak Che Dah diberikan bantuan berupa duit hari raya dan hamper.

Malah 30 orang ibu tunggal turut menerima sumbangan dalam bentuk keperluan barang asas dan duit raya.

Mommyhana terkenal dengan produk peranti audio ‘Islamic Audio Device’ yang merupakan satu alat yang dapat membantu dan melatih semua orang untuk mendengar alunan bacaan ayat suci Al-Quran.

Syarikat milik Bumiputera itu, sebelum ini terkenal dengan buku islamik interaktif Ebookku by Mommyhana sudah terjual lebih dari 200,000 unit. – MalaysiaGazette