Suruhanjaya Sekuriti

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan senarai kemas kini sekuriti patuh Syariah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS).

Senarai kemas kini yang berkuat kuasa pada 31 Mei 2019 mengandungi 689 sekuriti patuh Syariah.

Sekuriti-sekuriti ini merangkumi 77 peratus daripada 897 sekuriti tersenarai di Bursa Malaysia.

Menurutnya, senarai tersebut termasuk 14 sekuriti yang baru diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah manakala 10 sekuriti telah dikeluarkan daripada senarai terdahulu yang diterbitkan pada November 2018.

Senarai penuh yang dikemas kini dua kali setahun berdasarkan penyata kewangan tahunan terkini syarikat-syarikat yang telah diaudit, boleh didapati di laman sesawang SC di www.sc.com.my.

Senarai kemas kini seterusnya akan diterbitkan pada November 2019, berdasarkan penyata kewangan yang telah diaudit yang
dikeluarkan sehingga 30 September 2019. – MalaysiaGazette