Program Jom Kacau Dodol anjuran Pemadam diadakan di Dataran RT P/A Sri Kota, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Lebih 300 orang hadir memeriahkan program Jom Kacau Dodol peringkat Parlimen Bandar Tun Razak di Dataran RT Perumahan Awam (PA) Sri Kota di sini baru-baru ini.

Program anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Bandar Tun Razak itu diadakan pada pukul 2 petang hingga 11.30 malam.

Menurut Pengerusinya, Shahlan Ambroz Zainuddin, pihaknya menyediakan tujuh kawah dodol untuk diagih kepada masyarakat setempat di sekitar Bandar Tun Razak.

“Aktiviti mengacau dodol bermula pada pukul 2.30 petang dengan penyediaan dua kawah dan ditambah lagi lima kawah selepas solat Asar.

WhatsApp Image 2019-05-27 at 15.50.47
Aktiviti mengacau dodol bermula pada pukul 2.30 petang hingga 11.30 malam.

“Makanan tradisional dodol ini bukanlah sahaja diminati oleh orang Melayu malah kaum lain di negara serta secara langsung program ini boleh mengeratkan lagi hubungan masyarakat di sini.

“Sudah tentu program sebegini memberi manfaat besar kepada masyarakat dan seharusnya diperbanyakkan lagi program seumpama ini untuk kebaikan orang ramai supaya dapat berkongsi adat serta budaya masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Program tersebut dirasmikan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaafar.

Selain Biro Latihan dan Biro Wanita  Pemadam Parlimen Bandar Tun Razak, program turut melibatkan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Muhibbah Mesra Rakyat Kuala Lumpur (PERKEMM), Pertubuhan Kebajikan pembangunan Insahniah Muafakat Penduduk (KEBIMA), Komuniti Blok E BTS dan bekas muslimah Masjid Zaid Bin Thabit. – MalaysiaGazette

WhatsApp Image 2019-05-27 at 15.52.10
Program kacau dodol bertujuan mengeratkan lagi silaturahim antara masyarakat.